1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?
Tidak, ini kerana kaedah bekam
darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.
Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat2 laju sehingga
membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah
tusukan ini mirip kaedah 'blood test' atau ujian kencing
manis.
2) Adakah selamat melakukan
kaedah bekan darah?
Ya selamat, ini kerana kami
menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah
jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok, sabun
dettol dan ianya akan disterile selama 15 minit untuk mematikan kuman sebaik
sahaja selesai digunakan.
3) Apakah tarikh yang mustajab
yang mempu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam
darah?
Tarikh yang mustajab berbekam
ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebelum datang berbekam
hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sblum berbekam tidak mengambil
apa-apa makanan dan minuman.
4) Individu manakah yang
dilarang keras berbekam darah?
Individu yang dilarang
berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur,
pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit
kulit serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang
bulan.
5) Kaedah bekam manakah yang
memberikan kesembuhan maksimum?
Kaedah bekam darah adalah
kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.
6) Kaedah bekam mana pula yang
mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Bekam sunnah/darah. Darah
kotor akan disedut ke permukaan kulit.
7) Berapa kerap kita perlu
mendapatkan rawatan bekam darah?
Bagi orang sihat, anda
dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yg berpenyakit anda dianjurkan
berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi rawatan
berturut2.
8) Apakah pantang larang
selepas berbekam?
Anda dianjurkan tidak boleh
makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya
barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan
kegatalan spt seafood, telur, ayam dsbnya serta meminum ais untuk tempoh
seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih
baik/mujarab.
9) Apakah tips sebelum datang
berbekam darah?
Sebaik2nya berpuasa sehari
sebelum temu janji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum
berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri
makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor
untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah
diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.
10) Berapa lama tempoh masa
yang diambil untuk rawatan tersebut?
Biasanya untuk bekam sunnah di
badan (11 cup) akan mengambil masa satu jam setengah dan bergantung kepada
permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah
yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa
sekejap sahaja.
11) Adakah darah akan mengalir
lagi setelah proses rawatan selesai?
Tidak. Darah akan berhenti
secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan
pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih
byk. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan
selanjutnya bagi membuang sisa2 darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh2
tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.
12) Apakah tanda2 yang dialami
oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai?
Anda akan merasa sedikit
kegatalan di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat
sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi
setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kpd keadaan
seseorang itu. Kesan2 ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu
badan akan terasa lebih ringan dan selesa.
13) Berapa lama tanda-tanda
lebam di badan akan hilang?
Bagi rawatan bekam
sunnah/darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu
bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan
mengambil masa yang lebih lama daripada itu.
14) Bagaimana pula dengan
rawatan resdung? Adakah muka akan menjadi lebam kesan sedutan
tersebut?
Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.
No comments:
Post a Comment