Monday, 21 January 2013

SOALAN YANG BIASA DITANYA BERKENAAN BEKAM



1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?


Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat2 laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah 'blood test' atau ujian kencing manis.


2) Adakah selamat melakukan kaedah bekan darah?


Ya selamat, ini kerana kami menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok, sabun dettol dan ianya akan disterile selama 15 minit untuk mematikan kuman sebaik sahaja selesai digunakan.


3) Apakah tarikh yang mustajab yang mempu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?


Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sblum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.


4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?


Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang bulan.


5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?


Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.


6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?


Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan kulit.


7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?


Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yg berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi rawatan berturut2.


8) Apakah pantang larang selepas berbekam?


Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan spt seafood, telur, ayam dsbnya serta meminum ais untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.


9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?


Sebaik2nya berpuasa sehari sebelum temu janji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.


10) Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk rawatan tersebut?


Biasanya untuk bekam sunnah di badan (11 cup) akan mengambil masa satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.


11) Adakah darah akan mengalir lagi setelah proses rawatan selesai?


Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih byk. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa2 darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh2 tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.


12) Apakah tanda2 yang dialami oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai?


Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kpd keadaan seseorang itu. Kesan2 ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.


13) Berapa lama tanda-tanda lebam di badan akan hilang?


Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.


14) Bagaimana pula dengan rawatan resdung? Adakah muka akan menjadi lebam kesan sedutan tersebut?

Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.

Wednesday, 16 January 2013

KEBAIKAN BERBEKAM



1) Membantu menghilangkan pening dan migrain.

2) Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

3) Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

4) Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi kaki.

6) Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

7) Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan darah yang tersumbat.

8) Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul dibawah permukaan kulit menyebatkan rasa berat dan malas.

9) Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan dengan berbekam.

Sunday, 13 January 2013

KENAPA MESTI BEKAM?

 


Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
 
 “Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.” Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)